Friday 17 July 2009

Muzik Lama? (malay version)



Sebenarnya aku sengaja meletakan gambar-gambar ini untuk tatapan. Masih wujud lagi pemain-pemain muzik klasik dikalangan kita yang bergitu berbakat. Cuma sekarang masalah dan fenomena yang terjadi didalam dunia muzik dunia lebih menitik beratkan ke arah muzik yang dihasilkan dari synthizer,dan juga teknologi yang moden.Mungkin makcik-makcik didalam gambar ini contoh bahawa dikalangan pendengar muzik-muzik tradisional terdiri hanya dikalangan yang sudah berumur sahaja.Penedkatan yang digunakan kerajaan mahupun badan-badan berkenaan nampaknya tidak memberi impak yang +ve lansung kepada rakyat Malaysia terutama dikalangan para remaja. Kadang-kadang aku risau..risau takutkan selepas ini susah lagi untuk kita mendapatkan bunyi-bunyian klasik secara 'live' selepas ketiadaan orang-orang seperti mereka ini.Entah dan bagaimana untuk mengatasi masalah ini?mungkin kita boleh 'ajar'kan kepada para remaja sekurang-kurang menggunakan alunan muzik lama untuk di'mixed'kan dengan lagu-lagu mereka.Contoh terbaik adalah lagu 'ULEK MAYANG' dari CROMOK dan mungkin 'ANAK AYAM' dari TOO PHAT. Mungkin ada yang kurang sokong dengan pendapat aku ini.Tapi sekurang-kurang ada..betul tak?

No comments:

Post a Comment